Mata Oh! Mata

April 29th, 2007 by anna1372

Dari kerana mata…… yg mempunyai kuasa…..!!!

Adusssss!!! Sakitnya!

Kesian nyer….!

Bersama MB Selangor - Dato’ Sri Mohd Khir Toyo

April 24th, 2007 by anna1372

21 April, 2007

Menghadiri Kenduri Kahwin sahabat RAPID KL. VIP guest: MB Selangor. Sempat bergambar dgn dia. Citer lanjut, jgn lupa visit "Kenduri Kahwin"

Peluang Baik!!!

March 30th, 2007 by anna1372

Mudah! Murah! Modal rendah!

INVEST jer !!

See also Success does not come to u. U go to it!!

Sedekah…

March 30th, 2007 by anna1372

Amalan utk MURAH REZEKI & hidup diberkati oleh Allah.

Orang ke-3

March 30th, 2007 by anna1372

Salam.

INGATAN buat kita semua.

Kisah penjual tempe…

March 30th, 2007 by anna1372

Hayatinya kecekalannya di SINI!

Semoga mendpt manfaat drp cerita ini.

A very beautiful advice….

February 6th, 2007 by anna1372

It’s true. We always take our parents for granted. Surf HERE! for full story!

Cakap Siang Pandang2

December 10th, 2006 by anna1372

Hmmm… ari ni cuti sempena B’day Sultan S’gor. Tak tahu apa nak buat. Saje2 tgk email lama2 then t’jumpa 1 email yg buat aku tersenyum sinis….

—–Forwarded Message—–

From: Nurul Akmar Abdul Mutalib

Sent: Tuesday, December 5, 2006 11:45:51 am

Sepsg suami isteri yg tlh mempunyai 3 org anak sedang berbual2 sambil menonton TV di dlm bilik mereka. Si isteri bertanya bbrp soalan.

Isteri: Bang, kalau saya mati dulu, Abg kahwin lg tak?

Suami: Abg rasa Abg akan kahwin lagi sbb anak2 kita perlukan perhatian. Makan, minum Abg pun adala org yg sediakan.

Isteri: Habis, kalau Abg kahwin lagi Abg bg ke dia duduk rumah kita?

Suami: Yelah! Sbb rumah ni mahal. Takkan nak biar kosong mcm tu saje.

Isteri: Abg kasi ke dia guna bilik kita? Toilet kita?

Suami: Ye Yang. Takkan Abg nak buat bilik khas utk dia pulak. Kan membazir namanya.

Isteri: Abg kasi ke dia pakai almari kita?

Suami: Tentulah! Almari kita kan 4 pintu. Takkan Abg nak bagi org lain pulak!

Isteri: Abg kasi ke dia pakai katil kita?

Suami: Terpaksalah Yang. Sbb katil kita baru je beli sbln.

Isteri: Baju tidur say? Pijama & towel saya?

Suami: Takkan itu Abg nak bg kakak & adik awak pulak! Jadi drp tak dipakai, lebih baik Abg bagi dia pakai.

Isteri: Handbag saya? Kasut saya? Golf set saya?

Suami: Itu tak boleh sbb dia suka handbag kaler maroon. Saiz kasut dia kecik drp kasut awak. Golf set lagi tak boleh sbb dia kidal….

Isteri: @#$%&??????!!!!!

Suami: (dalam hati….. Alamak!)

He… he… he…

Lawak POLITIK!

December 5th, 2006 by anna1372

Salam utk semua.

Mlm ni I ada satu citer nak share among us, forwarded by my dearest friend; Lieta. (Lambat sket upload. Tak sempat)

—-Original Message—–
From: Norhaslita Ramli
Sent: Monday, December 04, 2006 4:11 PM

Ini kisah sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?". Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham? Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang ‘membelasah’ si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?. Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?". Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik". Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok kejam celik.

Moral of the Story: Kecil jgn disangka anak; kecil2 cili padi.

Hi-C Roselle Gamat

November 28th, 2006 by anna1372
Luxor_jelly_gamat_roselle Satu lagi info utk Timmy.

1. Gabungan Roselle (Hibiscus Sabdariffa) dan Gamat Emas (Stichopus Hermanii) yg kaya dgn khasiat.

2. Roselle kaya dengan vitamin C, asid amino dan antisianin yg anti tiksik.

3. Gamat Emas kaya dgn khasiat makanan, dan nilai2 terapeutik yg baik.

4. Roselle mengandungi khasiat yg dpt membantu dlm pencegahan jangkitan kuman, peningkatan tenaga, merendahkan kolesterol dan melawaskan kencing.

Sesuai utk sesape yg menghidap batuk, selsema atau asma. Utk baby bg 1/2 - 2 sudu kecik. Tak silap Akak, K.Zila, Cikgu Ita & Maslinda Murid selalu guna produk nih. Cuba tanya testimoni depa. Anak2 Akak suka jelly gamat nih, tak kira yg original atau yg campur roselle. Tak sampai sbln habis sbtl.